Stesen Kereta Api Stesen Kereta Api

Stesen Keretapi Tanah Melayu Cawangan Kuala Krai

Stesen Keretapi Tanah Melayu Cawangan Kuala Krai

  • Stesen Keretapi Tanah Melayu dibina pada tahun 1931 iaitu sebelum kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.

  • Ia dijadikan sebagai Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu bagi Negeri Kelantan pada masa itu.

  • Pada tahun 1992,Keretapi Tanah Melayu telah diperbadankan menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad.

  • Bagi wilayah timur,keretapi berpusat buat sementara waktu di Kuala Krai dimana permulaan di Jerantut dan berakhir di Tumpat.

  • KTMB cawangan Kuala Krai menawarkan 2 kelas yang berbeza iaitu kelas ekonomi dan kelas biasa.

  • Kelas-kelas ini terbahagi kepada pakej tertentu dimana kelas ekonomi terbahagi kepada pakej perjalanan dan pakej tempat duduk manakala bagi kelas biasa pula hanya menawarkan pakej tempat duduk sahaja

  • Penggunaan jalan keretapi menjadi perhubungan penting kepada penduduk tempatan terutama merentasi Dabong,Gua Musang,Tanah Merah,Pasir Mas,Tumpat dan laluan utama keretapi di Malaysia,Thailand dan Singapura.

  • Di stesen keretapi ini terdapat sebuah telaga lama tinggalan sejarah dimana suatu ketika dahulu telaga ini menjadi pusat sumber air untuk semua penduduk setempat di Kuala Krai sebelum terdapat bekalan air.

  • Keistimewaan telaga ini ialah air di dalamnya tidak pernah kering walaupun persekitaran mengalami musim kemarau yang teruk.

    « Kembali