MENU

MAJLIS DAERAH KUALA KRAI (MDKK) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 di Ibu Pejabat MDKK pada 09 Julai 2018. Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran YM. Yang DiPertua MDKK, Ketua WHIP, Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha, semua kakitangan MDKK dan tetamu jemputan. Acara dimulakan dengan sesi perjumpaan kakitangan bersama YM. Yang DiPertua melangsungkan sambutan hari raya aidilfitri bersama pelanggan, kakitangan dan dif jemputan. Program ini berjaya merapatkan hubungan silaturahim dan ukhwah antara pihak pengurusan, ahli majlis, kakitangan dan pelanggan-pelanggan MDKK.