Majlis Daerah Kuala Krai telah mengadakan program gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekitar Kuala Krai yang melibatkan masyarakat setempat secara berkala. Pada 3 April 2013, gotong-royong telah diadakan di kawasan sekitar Taman Chintawangsa yang disertai oleh kakitangan Majlis Daerah Kuala Krai bagi menceriakan kawasan taman tersebut.