MENU

Kursus Pembangunan Sahsiah Diri Kakitangan Majlis Daerah Kuala Krai Gred 1 hingga ke Gred 11 bilangan 1/2011 yang akan di adakan pada 24 hingga 26 Mac 2011 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) wilayah timur Besut, Terengganu.

Kursus Pembangunan Sahsiah diri Majlis Daerah Kuala Krai ini direka adalah untuk menyelaraskan sikap dan niat para pekerja ke arah cara bekerja yang lebih berefektif dengan menggunakan segala idea dan kreativiti yang lebih dinamik disamping dapat membentuk individu di dalam mendisiplinkan diri dengan pekerjaan serta hubungan yang lebih baik diantara pihak atasan dan rakan sekerja.

Bagi mencapai matlamat individu dan Majikan itu sendiri. Program ini juga dapat melahirkan keterampilan individu yang lebih bersemangat di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja disamping dapat menjadi contoh individu yang membanggakan terhadap keluarga dan negara.